Keluarga,kawan atau kekasih hati?
Keluarga,
Ibu dan ayah
Abang dan kakak
Kakak dan adik
Keluarga,
Muhrim yang halal
Mahram dalam keluarga
Ikatan yang abadi
Kawan,
Dulu dan kini
Kanak-kanak hingga remaja
Kawan,
Suka dan duka
Tawa dan ria
Rahsia tersimpan
Kawan,
Berkongsi cerita
Pahit dan manis
Bergaduh bermasam muka
Mengajar diri berdikari
Kekasih hati,
Pertemuan dua jiwa
Menyulam kasih dan sayang
Rasa disayangi,dihargai
Kekasih hati,
Hanya dua insan
Berkongsi rasa
Rasa bahagia
Namun,
Antara mereka
Pasti ada terluka
Rasa disisih
Tidak diperlukan
Berkecil hati
Bermasam muka
Antara mereka,
Keluarga,kawan dan kekasih hati
Mana didahulukan
Pilih disana,disini menolak
Pilih disini,disatu lagi terasa
Pilih disatu lagi pihak,
Disana berjauh hati
Apakah pilihan yang ada
Jikalau boleh ku pilih semuanya
Namun permainan hati dan perasaan,
Sukar ditilik,
Sukar untuk memilih
Jikalau boleh ku undur masa
Mahu juga ku diamkan segala
Lebih baik memerap rasa
Dari dibiar ia dicarik
Jikalau boleh ku hentikan waktu
Mahu saja ku berlari jauh
Tanpaku menoleh kebelakang
Jikalau boleh ku lakukan semua
Pasti tidak kurasa tersepit
Sungguh ku terseksa tersepit,
Berada di tengah hati dan perasaan,
Logik dan rasa,
Sungguh dugaan yang mencabar,
Ya ALLAH,
Terhadap-Nya ku serahkan segala
Terhadap-Nya ku pohonkan cara
Terhadap-Nya ku mohonkan restu
Terhadap-Nya ku pasrahkan semua
Hanya pada-Mu cintaku yang sejati
Hanya diri-Mu mengerti segalanya
Izinkan aku hidup bahagia
Selagi masih ada sinar harapan
Myideamycreateroriginalbyme S.S.A